Kursus TVET

SIJIL PERIKANAN

Pengenalan Kursus

Sijil Perikanan merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai. Pelatih akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skill melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan. Pelaksanaan program ini adalah mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
22 Bulan
Prospek Kerjaya
- Usahawan Produk Perikanan
- Pengurus Akuakultur
- Penyelia Dalam Industri Perikanan
- Usahawan Perikanan Laut Dalam

Syarat Kelayakan

1. Warganegara
1.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. SPM
2.1 Lulus dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Sains
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1511 SAINS Wajib E
1449 MATEMATIK Wajib E

Atau

2.2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya Dari Institusi Pengajian Yang Diiktiraf
Minimum CGPA : 2.00


Dan

3. Umur
3.1

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30


Dan

4. Sihat tubuh badan

Dan

5. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA
Alamat
(JABATAN PERIKANAN MALAYSIA) TAMAN PERIKANAN CHENDERING
21080 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
SHIREEN HING CHEN HUEY
Telefon
09-6172361
Emel
apm@dof.gov.my
Laman Web
http://www.apm.dof.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Di antara kemudahan/tawaran yang disediakan untuk program ini adalah ;
1) Asrama penginapan disediakan
2) Yuran pengajian adalah percuma
3) Makan – minum ditanggung
4) Elaun Bulanan Pelajar
;