Kursus TVET

PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

C141-005-2:2021

KOLEJ RISDA PERAK , PERAK

Pengenalan Kursus

Kursus ini mendedahkan teknik-teknik asas dan selok-belok dalam jahitan pakaian. Peserta juga akan didedahkan kepada proses pemilihan fabrik, teknik mengukur badan, teknik mendraf pola, teknik menggunting fabrik, menjahit serta menggunakan peralatan jahitan.

Menerusi kursus ini, para peserta dapat menyelesaikan masalah mengenai keinginan mereka untuk memakai pakaian yang kelihatan sempurna, selesa dan padan dipakai serta mempunyai gaya yang tersendiri. Mereka juga dapat mencipta pakaian mengikut spesifikasi diri masing-masing

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
9 Bulan
Prospek Kerjaya
Usahawan jahitan, tenaga pengajar di sektor awam atau swasta dan bekerja di pusat-pusat industri atau kilang serta melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Syarat kewarganegaraan:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN UMUR
Syarat Wajib
Syarat umur:

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT AM
Syarat Wajib
Syarat kesihatan:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
SYARAT UMUM
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
1. Minat dalam bidang dimohon

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ RISDA PERAK
Alamat
33700 PADANG RENGAS, PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
SAIFUL IZUAN BIN IDRIS
Telefon
05-7585531
Emel
kolejrisda_perak@yahoo.com
Laman Web
https://ucam.edu.my/kolej-risda/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembiayaan pengajian daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kelebihan diberikan kepada masyarakat luar bandar terutama golongan miskin tegar, miskin dan B40
Terbuka kepada individu yang berminat mengambil bidang kemahiran jahitan

Kandungan kursus yang ditawarkan meliputi :-
- Amalan keselamatan
- Ketrampilan diri
- Kendali peralatan jahitan
- Kendali bahan-bahan jahitan
- Ukur, reka fesyen dan anggar bahan
- Membuat pola
- Jahitan pakaian wanita

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;