Kursus TVET

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (PERSEMBAHAN)

AMZ2

Pengenalan Kursus

Program Persembahan memberi penekanan kepada mutu permainan terutamanya dalam persembahan alat muzik atau vokal. Pengajian ditawarkan secara one to one iaitu seorang pelajar dibimbing oleh seorang tenaga pengajar. Pelajar boleh memilih satu alat muzik yang ingin dipelajari dari pelbagai genre muzik. Pelajar akan dilatih secara intensif dalam teknik permainan dan kreativiti dalam persembahan. Kursus ensemble disediakan agar pelajar mendapat pendedahan serta membuat persembahan muzik secara berpasukan. Pelajar diwajibkan membuat persembahan pada setiap semester. Kemuncak bagi program ini ialah persembahan dalam Projek Penilaian tahun Akhir (PeTA). Sewaktu di akhir pengajian, pelajar akan bersedia melibatkan diri dalam industri dan mengembangkan ilmu serta kemahiran yang diperolehi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Seni Persembahan secara langsung sering membentuk bahagian penting dalam kerjaya pemuzik profesional, dan graduan menguasai kemahiran dalam alat muzik instrumental (Tradisional, klasikal atau moden ) atau vokal. Graduan Seni Persembahan juga memperolehi pengalaman teori dan praktikal melalui latihan yang meluas untuk berfungsi sebagai seorang pemuzik, pensyarah di institusi pengajian tinggi, pemuzik iringan, pemuzik Orkestra atau pemuzik Kombo.

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib C
1249 SEJARAH Wajib C

Atau

1.2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.3

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana UA / IPTS Dari Institusi Pengajian Tinggi
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.4

Jenis Sijil/Diploma : Diploma (Selain Diploma Kemahiran)
Mempunyai Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf Dari Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.5

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut; Kepujian Bahasa Melayu 1104; • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; • Kompeten semua modul vokasional; dan • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) (Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET) Dari Kolej Vokasional Malaysia
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.6

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf Dari
Minimum CGPA : 0.00


Atau

1.7

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Melalui Kemasukan APEL; dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2.00


Dan

2. Syarat Khusus
2.1

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Alamat
464 JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Telefon
03-2778 5960/ 6097
Emel
norasikin@aswara.edu.my / nurulshazwanee@aswara.edu.my
Laman Web
www.aswara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
TIADA
;