Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN MAKANAN (PEMPROSESAN)

DGF 34

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Kurikulum latihan mengambil masa selama 13 bulan (peserta telah mempunyai sijil kemahiran tahap 3) dimana peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan pengurusan perolehan bahan mentah, pemantauan operasi pengeluaran makanan, pemantauan pematuhan jaminan keselamatan makanan, pengurusan penyelenggaraan mesin, pengurusan stok dan pengurusan sember manusia.

Peserta mempelajari tatacara penyediaan spesifikasi perolehan bahan mentah, kenalpasti pembekal berpotensi dan proses penerimaan bahan mentah dari pembekal. Peserta juga diajar teknik merancang operasi pengeluaran melibatkan sumber seperti peralatan, bahan mentah, manusia bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan baik. Selain itu, pendedahan berkaitan kawalan kualiti turut didedahkan bagi menjamin keselamatan dan kualiti pengeluaran dengan mamatuhi piawaian badan pensijilan MeSTI, Halal, GMP dan HACCP. Pengurusan penyelenggaraan mesin dan peralatan, sanitasi, kawalan perosak yang teratur turut ditekankan dalam kurikulum latihan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
13 Bulan
Prospek Kerjaya
a) Usahawan industri makanan proses b) Pekerja industri makanan c) Pembantu penyelidik d) Tenaga pengajar e) Pakar runding f) Peluang melanjutkan kemahiran ke program Ijazah di universiti MTUN

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 seperti berikut:

Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) [C107-002-3:2020] Atau

Pengeluaran Makanan [AF-018-3:2014] Atau

Penyelia Pengeluaran Pemprosesan Makanan [Y-040-3]

ATAU
Syarat Pilihan 2
Sijil Tahap 3 Bidang Pembuatan Makanan

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siji Tahap 3 Pembuatan Makanan Dari IKBN Naka
Minimum CGPA : 0.00

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah Berumur;

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Kewarganegaraan
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon Mestilah;
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Pemohon Mestilah;
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
Alamat
MUKIM TEKAI PEKAN NAKA, 06350 KUALA NERANG, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
HAFIZ BIN SHAUFIT AFFANDI
Telefon
047993000
Emel
hafizaffandi@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- Elaun pengajian disediakan kepada semua pelajar termasuk dalam tempoh latihan industri
- Asrama percuma disediakan kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di institut.
- Makan minum percuma disediakan kepada semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di institut.
- Peralatan dan kemudahan latihan yang terkini dan kondusif
- Kemudahan riadah dan sukan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;