
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Selenggara Forklift ini direka untuk memberi pendedahan serta kemahiran asas kepada peserta dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan forklift, iaitu salah satu jentera penting dalam sektor logistik, gudang dan perindustrian.
Peserta akan mempelajari:
Komponen utama dan sistem operasi forklift (enjin, hidraulik, brek, tayar dll.)
Prosedur asas penyelenggaraan berkala (oil change, filter, bateri, sistem angkat)
Kaedah mengenal pasti dan membaiki kerosakan ringan
Aspek keselamatan semasa menyelenggara forklift
Rekod penyelenggaraan dan kepatuhan kepada peraturan (contohnya, JKKP)
Kursus ini sesuai untuk:
Pekerja teknikal, mekanik atau penyelia di sektor gudang dan logistik
Belia lepasan sekolah yang berminat dalam bidang penyelenggaraan jentera
Usahawan atau pemilik perniagaan yang menggunakan forklift dalam operasi harian
Kemahiran dalam penyelenggaraan forklift bukan sahaja dapat menjimatkan kos pembaikan, malah menjamin keselamatan dan kelancaran operasi di tapak kerja. Ia juga memberi kelebihan untuk kerjaya dalam bidang industri berat dan logistik.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (Wajib)
Dan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Dan
Tidak Tamat Sekolah