Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Struktur kurikulum Teknologi Elektrik dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri tempatan.Peluang pekerjaan untuk graduan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal kursusnya pendawaian elektrik. Aspek latihan dalam bidang elektrik meliputi semua aspek latihan sama ada hands-on, bagi melengkapkan graduan yang berkemahiran tinggi. Modul yang dibangunkan adalah menepati permintaan pasaran industri dengan meliputi aspek Lukisan elektrik , Jenis Pendawaian, Penambaik pulih pendawaian elektrik , pemasangan dan penyelenggaraan kawalan motor satu & tiga Fasa , Penyelenggaraan peralatan elektrik , pengujian dan penyeliaan . Pelajar juga akan diberikan pendedahan dalam aspek keselamatan , pengetahuan teknikal dan lain-lain termasuk lah berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian termasuk bekerja dengan alat-alat terkini . Pelajar juga akan diberi pendedahan industri/latihan industri.