
Kursus TVET
Sijil Pengendalian Acara
SPA
Pengenalan Kursus
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pengendalian acara. Pelajar berkemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul teras Pengenalan Acara, Fasiliti Dalam Acara, Etiket dan Protokol Dalam Acara, Pengendalian Acara Sosial, Pemasaran Dalam Acara, Food and Beverage For Event, Pengendalian Acara Sukan, Pengendalian Acara Perkahwinan, Khidmat Pelanggan, Interpretasi Dalam Acara, Projek, dan Pengendalian Acara Korporat (MICE). Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang
Maklumat Latihan TVET
1. Event Organizer
2. Event Manager
3. Event crew
4. Floor Manager
5. Pengacaraan Majlis
6. Pegawai Protokol
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali