Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektrik (Kuasa) untuk dipersijilan DKM Tahap 4. Dalam kursus ini pelajar akan diberi pendedahan terhadap latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang-alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik.
Maklumat Latihan TVET
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlangnya kebiasaannya mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam sektor industri perkilangan atau perdagangan. Di samping itu dengan adanya pembangunan wilayah & projek mega, maka keperluan orang kompeten akan diperlukan bagi menjaga pepasangan mengikut sekatan yang diperlukan. Selain itu juga kebanyakan perusahaan, kilang-kilang, bangunan perkhidmatan, pasaraya besar, pusat peranginan dan bangunan komersial membuka peluang pekerjaan dalam bidang elektrik dan memerlukan tenaga kompeten.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS KUALA TERENGGANU (ILP KUALA TERENGGANU)
Alamat
KAWASAN PERINDUSTRIAN GONG BADAK
21300 GONG BADAK
TERENGGANU
21300 GONG BADAK
TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
ROHAIDA BINTI SALLEH @ RAMLEE
Telefon
09-6652100
Emel
p.ilpkt@mohr.gov.my
Laman Web
www.ilpkt.gov.my
Lain-lain Maklumat
Lain-lain Maklumat Berkaitan
.