Kursus TVET

Pengenalan Kursus

PENGENALAN
• Program peringkat sijil anjuran Akademi Hevea Malaysia, LGM ini mula diperkenalkan bermula tahun 2010 dan dijalankan sepenuhnya di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh, Selangor.
• Program ini dijalankan secara sepenuh masa selama tempoh 18 bulan (4 semester) dengan sasaran pengambilan sekali setahun.
OBJEKTIF
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk melahirkan pekerja mahir dalam bidang teknologi getah untuk memenuhi permintaan pekerjaan di dalam industri getah khususnya sektor pemrosesan getah & pembuatan produk

TENAGA PENGAJAR
• Tenaga pengajar adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang-bidang berkaitan getah.
METODOLOGI
• Kaedah pembelajaran adalah melalui syarahan di bilik kuliah, tutorial, perbincangan berkumpulan, amali makmal, lawatan kilang dan aktiviti praktikal termasuk amali makmal dan Latihan Industri di syarikat berkaitan getah.
• Penilaian prestasi pelajar adalah melalui aktiviti tutorial/kuiz/ujian dan peperiksaan akhir.

KURIKULUM
• Kurikulum program ini dirangka khusus untuk meliputi semua aspek berkaitan teknologi getah secara teori dan praktikal.
• Pada semester terakhir, pelajar akan menjalani Latihan Industri di syarikat-syarikat berkaitan getah bagi tempoh 12 minggu

KEMUDAHAN LATIHAN
Antara kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh pengajian adalah:
• Asrama
• Bilik kuliah/tutorial
• Makmal komputer
• Makmal pemprosesan getah
• Makmal lateks
• Makmal ujian produk dan tentukuran
• Perpustakaan
• Gelanggang sukan

PERLINDUNGAN TAKAFUL
Pihak LGM juga menyediakan skim takaful kemalangan diri berkumpulan untuk para pelajar sepanjang mengikuti pengajian.

PEMBIAYAAN
Pihak LGM menawarkan tajaan penuh pengajian yang merangkumi:
• Yuran pengajian
• Yuran asrama
• Elaun sara hidup
• Elaun buku

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dalam program ini berpeluang bekerja di syarikat-syarikat pengilang produk getah, pengeluar getah aslii, agensi kerajaan yang berkaitan. Bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh pelajar adalah dalam bidang pemprosesan, R&D, QA/QC dan makmal.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI HEVEA MALAYSIA
Alamat
LEMBAGA GETAH MALAYSIA, STESEN PENYELIDIKAN RRIM, 47000 SG BULOH, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
En Azuan Bin Zakaria
Telefon
03-61459412
Emel
azuan.z@lgm.gov.my
Laman Web
www.lgm.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KELEBIHAN PROGRAM:
• Tajaan penuh pengajian kepada semua pelajar.
• Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
• Kemudahan penginapan sepanjang tempoh latihan.
• Peralatan latihan terkini setaraf industri.
• Tenaga pengajar terdiri daripada pakar industri dan pensyarah universiti.
;