
Kursus TVET
Diploma Agroteknologi
DAG
Pengenalan Kursus
Diploma Agroteknologi dapat melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang teknologi pertanian untuk memenuhi permintaan dasar-dasar negara.
Program ini akan memberi pendedahan kepada pelajar menimba ilmu pengetahuan dan latihan amali seperti pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, agro-bioteknologi, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, perlindungan tanaman dan pengurusan. Pelajar juga dilengkapi dengan kemahiran teknologi terkini dalam bidang agroteknologi seperti teknologi penapaian, teknologi mikrob, pertanian jitu dan perladangan organik. Pelajar juga dikehendaki untuk mengendalikan dan menguruskan projek agro dan praktikal yang melibatkan peringkat penanaman, penuaian dan pemasaran menerusi aktiviti sepanjang pengajian mereka.
Selain itu, pelajar juga akan mengambil kursus umum yang terdiri daripada Matematik, Sains, Bahasa Inggeris Komunikasi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Aplikasi Komputer dan Pembangunan Diri. Mereka juga akan menjalani latihan industri di ladang pertanian, institut penyelidikan kerajaan dan industri yang berkaitan dalam negara untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman tambahan. Ini akan menyediakan asas yang baik dalam pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran komunikasi yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dan menerima pakai teknologi baru dan cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi di tempat kerja dan semasa menjalani pembelajaran sepanjang hayat.
Maklumat Latihan TVET
- Juruteknologi Makmal (Penternak Tisu)
- Usahawan Agro Bioteknologi
- Pengurus/Pengurus Cawangan (Pengurusan Ladang)
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penolong Projek
- Pembantu Jualan bidang agro bioteknologi
- Pakar Teknikal
- Pembantu Penyelidik
- Pembantu Alam Sekitar
- Pegawai Kawalan Kualiti
- Pembantu Juruteknik Pemprosessan Makanan Industri
- Cadet Planter
- Penolong Pegawai Sains
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.