Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal mendedahkan pelajar kepada asas kejuruteraan mekanikal dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas dan bengkel. Program ini merangkumi kemahiran kimpalan, penyenggaraan penyaman udara dan penyenggaraan kenderaan ringan. Kandungan kursus meliputi Kimpalan Arka, Kimpalan Metal Inert Gas (MIG) dan Kimpalan Tungsten Inert Gas (TIG), Pemasangan dan Penyenggaraan Penyaman Udara, Penyenggaraan Kereta dan Motosikal, Permesinan, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Terbantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta kursus-kursus mata pelajaran umum dan elektif.
Maklumat Latihan TVET
- Pembantu Juruteknik
- Mekanik Kenderaan
- Jurukimpal
- Juruteknik Penyaman Udara
- Jurumesin/ Juruteknik Mesin
- Pelukis Pelan Mekanikal
- Pengusaha Bengkel
Butiran Penyedia Latihan TVET
40150 Shah Alam,
Selangor
Lain-lain Maklumat
1. Warganegara Malaysia
2. Tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
3. Pemegang Kad OKU (Ketidakupayaan Pendengaran)