Kursus TVET

Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen

KFP / KRF

Pengenalan Kursus

Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen adalah program peringkat sijil yang ditawarkan di bawah Program Sijil Khas Politeknik. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun. Pelajar juga akan mengikuti program latihan industri selama 6 bulan pada semester 4. Program ini mendedahkan pelajar kepada asas reka bentuk dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran seperti kelas teori dan amali di bilik kuliah, studio reka bentuk dan bengkel jahitan. Pelajar juga akan dilengkapkan dengan kursus wajib yang mana akan membekalkan pelajar tentang kemahiran sosial, keusahawanan dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, pelajar program ini akan mendapat pengetahuan asas dalam bidang fesyen dan kemahiran teknikal bagi memenuhi permintaan industri masa kini.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang reka bentuk fesyen. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
- Pembantu Pereka fesyen
- Tukang Jahit
- Pembantu Pereka Sulaman Pakaian
- Pembantu Pembuat/Pemotong Pola Pakaian
- Pembantu Pereka Tekstil
- Pembantu Pengurus Butik
- Pembantu Pereka Aksesori
- Pembantu Perunding Imej
- Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Alamat
KM 10, JALAN KONG KONG, 81700, PASIR GUDANG, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
ROSZITA BINTI JAFFAR
Telefon
07-2611317
Emel
roszitajaffar@yahoo.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelajar berkeperluan khas (Ketidakupayaan Pendengaran)
1. Warganegara Malaysia
2. Tamat Tingkatan 5 dari Sekolah Pendidikan Khas (17 tahun ke atas) atau mempunyai Sijil Khas (Tahap 2)
3. Pemegang Kad OKU (Ketidakupayaan Pendengaran)
;