Kursus TVET

Asasi Teknologi Kejuruteraan

FTV

Pengenalan Kursus

Program TVET Berciri Advanced TVET In Higher Education

Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (dahulunya dikenali sebagai Asasi TVET) bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.

Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.

Pembangunan kurikulum Program Asasi Teknologi Kejuruteraan direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi Teknologi Kejuruteraan yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.

Tempoh pengajian bagi Program Asasi Teknologi Kejuruteraan adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Lepasan program Asasi Teknologi Kejuruteraan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM ) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) .

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL, PAGOH
Alamat
HUB PENDIDIKAN PAGOH,84600,MUKIM JORAK, MUAR, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
-
Telefon
06-9742288
Emel
ptsn@ptsn.edu.my
Laman Web
http://ptsn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
LEPASAN SPM
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
4. Lulus Bahasa Inggeris
5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Sains
d) DUA (2) dalam mana-mana matapelajaran
6. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran,pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;