Kursus TVET

Sijil Khas Pembinaan

KKA / KPB

Pengenalan Kursus

Sijil Khas Pembinaan mendedahkan pelajar kepada asas pembinaan dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas dan bengkel. Program ini merangkumi kemahiran CAD, Perpaipan, Kerja Kayu dan Binaan. Kandungan kursus meliputi Aplikasi Komputer, Matematik, Bahan dan Binaan, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Digital (2D&3D), Anggaran Kos Kerja Bangunan, Pengukuran Kuantiti Bangunan, Asas Penyeliaan Tapak Bina, Makmal Kejuruteraan Awam, Asas Kemudahan Bangunan, Binaan Bangunan, Kerja Kayu serta Kerja Paip Domestik serta kursus-kursus mata pelajaran umum dan elektif.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi pembinaan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
- Pelukis Pelan
- Carpenter
- Plumber
- Brick Layer
- Painter
- Juruteknik Awam
- Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK UNGKU OMAR
Alamat
JALAN RAJA MUSA MAHADI,
31400 IPOH
Negeri
PERAK
Penyelaras
-
Telefon
05-5457622
Emel
webmaster@puo.edu.my
Laman Web
https://www.puo.edu.my/webportal

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;