Kursus TVET

Sarjana Muda Teknologi Media Interaktif dengan Kepujian

UR6213001

Pengenalan Kursus

Program ini dirangka khusus untuk menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam komunikasi, media baharu, teknologi maklumat, pengurusan dan keusahawanan yang berdaya saing, inovatif dan kreatif selaras dengan keperluan industri. Kurikulum program direka secara khusus bertujuan: pertama, memupuk tenaga kerja yang kompeten berkomunikasi supaya berkesan melaksana tugas dan tanggungjawab dalam organisasi; kedua, melatih tenaga kerja yang berupaya memanfaatkan media baru untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian; dan ketiga, memindahkan ilmu pengurusan dan keusahawanan kepada tenaga kerja supaya berupaya menjadikan organisasi lebih efektif dan berdaya saing dalam proses menawarkan produk atau perkhidmatan. Gabungan pelbagai kemahiran pada satu masa akan menghasilkan graduan hibrid yang memiliki daya saing tinggi untuk menghadapi cabaran dalam era globalisasi serta mempunyai kualiti kendiri yang tinggi untuk pasaran kerjaya.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
48 Bulan
Prospek Kerjaya
Pakar Audio, Pengaturcara Komputer, Pakar Video, Pereka Bentuk Sesawang, Pembangun Sesawang, Pakar Animasi, Pengarah Seni, Pereka Bentuk Grafik, Pereka Bentuk Permainan, Pereka Antara Muka, Penyunting Audio/ Video, Pakar Kandungan (Content), Instructional Specialist, Colorist, Project Manager, Produser Eksekutif, Tutor, Juruteknik, Ilustrasi, Pereka Papan Cerita (Storyboard), Pereka Multimedia, Penolong Pegawai Sistem Maklumat, Pengaturcara Multimedia, Videographer, Audiographer, 3D Model, Pereka Watak, Pereka Kesan (Effect) Visual, Pereka Kesan (Effect) Bunyi, Pereka Bentuk Perisian Interaktif, Pembangun Media Interaktif

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Alamat
Pusat Pengurusan Akademik, Aras 3, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Ketua Bahagian Pengurusan Dasar TVET
Telefon
+604-9414065
Emel
amc@unimap.edu.my
Laman Web
https://www.unimap.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Malah, program ini juga mampu melahirkan tenaga kerja yang mampu mendokong keperluan dasar industri kreatif yang semakin berkembang pesat terutamanya industri kreatif multimedia yang menekankan pembangunan produk-produk kreatif dan menjadikan industri kreatif sektor dinamik yang dapat meningkatkan sumbangan kepada KDNK negara dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi (high-income economy).
;