Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 2 (Demi Chef / Commis ) merupakan pembelajaran berkaitan seni kulinari bidang hospitaliti. Kursus ini melengkapkan pelatih dengan pengetahuan, sikap profesionalisme serta kemahiran menyediakan pelbagai kaedah masakan tempatan dan barat berasaskan operasi dapur panas dan sejuk bermula dari Appertizer sehingga Dessert.
Sepanjang pembelajaran, pelatih juga didedahkan dengan pematuhan terhadap keselamatan & kebersihan bengkel , menu hidangan , kualiti tertinggi piawaian makanan. Pelatih juga diajar dan dilatih penyediaan soup, stock, rice dan farinaceous serta menu breakfast.Kemahiran keusahawanan diterapkan melalui aktiviti katering dan commercial kitchen yang dapat membimbing pelatih ke arah berkerjaya kendiri. Pelatih juga didedahkan dengan pengurusan kos dan penyediaan kertas kerja serta mengendalikan event .
Pelatih perlu menguasai kesemua kemahiran dan pengetahuan dalam setiap modul sehingga ke peringkat kompeten.
Kesimpulanya, pendedahan pembelajaran sepanjang 9 bulan di tahap 2 memberi pengetahuan asas dan kemahiran dalam bidang penyediaan dan pembuatan makanan.
Berikut adalah modul pembelajaran untuk tatapan dan rujukan .
1 HT-012-2:2012-C01 HYGIENE, KITCHEN SAFETY AND FOOD HANDLING
2 HT-012-2:2012-C02 COOKING TECHNIQUE
3 HT-012-2:2012-C03 STOCK, SOUPS AND HOT SAUCE PRODUCTION
4 HT-012-2:2012-C04 MAIN COURSE PRODUCTION
5 HT-012-2:2012-C05 RICE AND FARINACEOUS PRODUCTION
6 HT-012-2:2012-C06 APPETIZER PRODUCTION
7 HT-012-2:2012-C07 BREAKFAST PRODUCTION
8 HT-012-2:2012-C08 DESSERT PRODUCTION
9 HT-012-2:2012-C09 CATERING SET-UP
Maklumat Latihan TVET
Atau
Butiran Penyedia Latihan TVET
OAKLAND COMMERCE SQUARE
70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Lain-lain Maklumat
Whatsapp 019 663 5250 kami untuk dapatkan maklumat segera dari kami.
Penginapan asrama disediakan kepada pelatih luar dari bandar Seremban.
English for hospitality dan suntikan anti typoid disediakan secara percuma kepada semua pelatih yang mengikuti kursus ini.
Elaun saradiri melalui pinjaman pendidikan oleh diaturkan untuk kemudahan para pelatih.
Kemahiran Ke arah Kerjaya .