Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tahap 3 (Chef de Partie) merupakan pembelajaran berkaitan seni kulinari bidang hospitaliti. Kursus ini melengkapkan pelatih dengan pengetahuan ,sikap profesionalisme dan didedahkan dengan tugas penyeliaan bagi melancarkan operasi dapur panas atau sejuk.
Pelatih juga didedahkan memikul tanggungjawab untuk membahagikan tugas, menyediakan jadual kerja untuk pekerja bawahan serta kemahiran menyediakan pelbagai kaedah masakan tempatan dan barat
Sepanjang pembelajaran, pelatih juga didedahkan dengan pematuhan terhadap kualiti tertinggi piawaian makanan , keselamatan & kebersihan bengkel ,membuat standard recipe berserta food cost menu hidangan, penyediaan kertas kerja serta mengendalikan event. Pelatih juga diajar dan dilatih mengolah serta berinovasi menu hidangan. Kemahiran keusahawanan diterapkan melalui aktiviti katering dan commercial kitchen yang dapat membimbing pelatih ke arah berkerjaya kendiri.
Pelatih didedahkan dengan latihan industri di organisasi berkaitan untuk menyediakan peluang kepada pelatih bagi mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari semasa latihan berkaitan dengan kerjaya / profesion mereka dalam suasana persekitaran kerja yang sebenar. Pelatih berpeluang mempelajari tentang set kemahiran yang diperlukan, keperluan industri dan etika kerja. Secara langsung melatih pelatih menjadi pekerja terlatih bagi meningkatkan kebolehpasaran untuk diri mereka.
Pelatih perlu menguasai kesemua kemahiran dan pengetahuan dalam setiap modul sehingga ke peringkat kompeten.
Kesimpulanya, pendedahan pembelajaran sepanjang 12 bulan di tahap 3 memberi pengetahuan penyeliaan dan kemahiran dalam bidang penyediaan dan pembuatan makanan. Memiliki sijil SKM tahap 3 menyediakan laluan kerjaya yang lebih baik dan meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Berikut adalah senarai modul pembelajaran tahap 3 kursus penyediaan dan pembuatan makanan.
1 HT-012-3:2012-C01 HYGIENE, SAFETY AND FOOD HANDLING VERIFICATION
2 HT-012-3:2012-C02 FOOD PRODUCTION QUANTITY AND QUALITY CONTROL
3 HT-012-3:2012-C03 CATERING COORDINATION Ya
4 HT-012-3:2012-C04 SUPERVISORY ADMINISTRATIVE FUNCTION
5. HT-01-3:2012-EO1 BASIC COST CONTROL
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
OAKLAND COMMERCE SQUARE
70300 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Lain-lain Maklumat
Whatsapp 019 663 5250 kami untuk dapatkan maklumat segera dari kami.
Penginapan asrama disediakan kepada pelatih luar dari bandar Seremban.
English for hospitality dan suntikan anti typoid disediakan secara percuma kepada semua pelatih yang mengikuti kursus ini.
Elaun saradiri melalui pinjaman pendidikan oleh diaturkan untuk kemudahan para pelatih.
Peluang pekerjaan dijamin kepada pelatih yang tamat latihan dengan jaya.
Kemahiran Ke arah Kerjaya .