Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini merupakan program secara Single Tier yang menawarkan 3 tahap yang berbeza. Pada tahap 2, pelatih akan mempelajari mengenai cara-cara melukis lukisan skematik elektronik dan pengenalan kepada komponen elektronik, pengendalian instrumen dan peralatan pengujian seperti multimeter, osiloskop, pemasangan peralatan elektronik, troubleshooting instrumen dan peralatan pengujian serta troubleshooting peralatan elektronik.
Pada tahap 3, pelatih akan belajar mengenai kawalan kualiti produk elektronik, pengaturcaraan PLC, penyelenggaraan pencegahan dan pembetulan peralatan elektronik dan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan elektronik . Manakala bagi tahap 4, subjek yang akan dipelajari ialah pentadbiran peralatan elektronik, penambahbaikan produk elektronik, jaminan kualiti produk elektronik, konfigurasi microcontroller menggunakan Arduino dan pengaturcaraan PLC Selain itu, pelatih juga akan membangunkan satu projek secara berkumpulan atau berseorangan yang merangkumi subjek-subjek yang telah dipelajari

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. BOLEH MEMBACA, MENGIRA DAN MENULIS. BERUMUR 16 TAHUN KE ATAS
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Tempoh Pengajian
33 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Teknikal atau Pembantu Jurutera

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT WAWASAN
Alamat
50A & 51A, LORONG JALAN SEMARAK 1, TAMAN SEMARAK, 09000 KULIM, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
NURUL FARAH BINTI ROSLI
Telefon
04-4913388
Emel
nadwa@iwawasan.com.my
Laman Web
www.facebook.com/iwawasan

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Biasiswa diberikan kepada yang layak (berdasarkan terma & syarat yang ditetapkan).

2. Pinjaman penuh dari Perbadanan Tabung pembangunan Kemahiran (PTPK), pinjaman termasuk yuran latihan dan elaun sara hidup (ESH) sebanyak RM400/bulan atau RM600/bulan. Selain pinjaman yuran dan ESH, pelajar juga boleh mendapatkan pinjaman bagi komputer riba dan pengangkutan.
;