Kursus TVET

SIJIL REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA (TAHAP 3)

RFPW13

INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL , W.PERSEKUTUAN (KL)

Pengenalan Kursus

Program ini direka bentuk untuk melengkapkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi teknikal pakaian wanita yang merangkumi kaedah penghasilan ilustrasi fesyen digital, pembuatan pola pakaian digital serta teknik menjahit pakaian kerja (contoh: uniform jururawat, kemeja korporat, jaket korporat, pakaian pengantin kurung tradisional, pakaian pengantin kebaya tradisional, pakaian pengantin gaun korset moden). Selain itu, kemahiran menghias pakaian (embellishment) juga diterapkan sebagai nilai tambah yang melengkapkan modul latihan.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA (C141-005-3:2021) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Di akhir program, pelajar berkebolehan:
a) Memahami dan mengaplikasi pengetahuan tentang proses pengeluaran dan pembangunan produk pakaian wanita.
b) Menguasai kemahiran ilustrasi fesyen pakaian wanita secara digital.
c) Menguasai kemahiran teknikal pembuatan pola pakaian wanita secara digital.
d) Menguasai kemahiran teknikal menjahit jenis-jenis pakaian kerja wanita dan pakaian apengantin wanita.
e) Menguasai kemahiran membuat hiasan (embellishment) pada pakaian wanita.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Usahawan/bekerja sendiri, pembantu teknikal pakaian wanita, pembantu pereka fesyen, pembuat pola pakaian digital dan tenaga pengajar jahitan pakaian wanita.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
UMUR
Had Umur:
Syarat Wajib
Had umur pemohon:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Status kewarganegaraan pemohon:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
AKADEMIK
Kriteria kelayakan akademik:
Syarat Wajib
Kelayakan akademik minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT UMUM
Syarat Wajib
Pemohon adalah:
1. Beragama Islam
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

DAN
05
Kriteria Utama
MAKLUMAT TAMBAHAN
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seperti berikut:
1. Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.
2. Kemudahan asrama dan dewan makan percuma.
3. Bahan latihan dan kemudahan peralatan percuma.
4. Pakaian seragam percuma.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;