Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Ini Bertujuan Untuk Membangunkan Kompetensi Teknikal Dalam Aspek Pendawaian Dan Pemasangan Peranti Perlindungan Elektrik Pada Sub Switch Board (SSB). Ia Merangkumi Pemahaman Mendalam Tentang Prinsip Operasi, Fungsi Dan Aplikasi Peranti Perlindungan Seperti Miniature Circuit Breaker (MCB), Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB), Residual Current Device (RCD), Isolator, Serta Komponen Berkaitan Yang Digunakan Dalam Sistem Agihan Tenaga Elektrik. Peserta Akan Diberi Pendedahan Kepada Standard Industri Dan Perundangan Semasa Termasuk Piawaian MS IEC Dan Keperluan Suruhanjaya Tenaga (ST), Dengan Penekanan Kepada Aspek Keselamatan, Kebolehpercayaan Sistem, Dan Kepatuhan Terhadap Spesifikasi Teknikal. Komponen Latihan Merangkumi Interpretasi Lukisan Skematik, Rekabentuk Sistem Perlindungan, Teknik Penyambungan Pendawaian Mengikut Kaedah Amalan Terbaik (Best Practices), Dan Prosedur Pengujian Serta Pentauliahan Sistem. Kursus Ini Sesuai Untuk Juruteknik Elektrik, Penyelia Tapak, Tenaga Pengajar TVET, Dan Profesional Berkaitan Yang Terlibat Dalam Kerja-Kerja Pemasangan Serta Penyelenggaraan Sistem Agihan Kuasa Di Sektor Perindustrian Dan Komersial.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Dan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 55
Butiran Penyedia Latihan TVET
NO.11-1, 11-2, 13-1,13-2, 15-G, 15-1,15-2, 17-G, 17-1, 17-2, 19-G,19-1, 19-2, 20-G, 21-G,21-1, 21-2, 18-G ,23-G,23-1,23-2,
JALAN KEMUNING PRIMA B 33/B, KEMUNING UTAMA,
40460 SHAH ALAM, SELANGOR
PREMIS TAMBAHAN :
NO. 20-G &18-G,
JALAN KEMUNING PRIMA D 33/D,
KEMUNING UTAMA, 40460 SHAH ALAM,
SELANGOR
Lain-lain Maklumat
#PeningkatanTahap