Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Diploma Pengurusan Pentadbiran adalah program yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang diperlukan dalam sektor korporat dan organisasi awam. Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan fungsi pentadbiran yang berkesan.
Program ini menggabungkan teori dan amalan dalam pengurusan pejabat, pengurusan sumber manusia, kewangan, serta perancangan dan organisasi. Pelajar akan dilatih dalam penggunaan teknologi terkini, kemahiran komunikasi, dan pengurusan projek yang penting dalam pengurusan pentadbiran.
Objektif Pembelajaran:
1. Membolehkan pelajar menguruskan operasi pejabat secara efektif dengan menggunakan teknologi dan alat pengurusan pejabat yang sesuai.
2. Melatih pelajar dalam pengurusan sumber manusia, termasuk pengambilan, latihan, dan pembangunan pekerja, serta pengurusan hubungan pekerja.
3. Melatih pelajar dalam penggunaan aplikasi dan sistem teknologi terkini yang digunakan dalam pengurusan pejabat, seperti sistem pengurusan maklumat dan perisian pejabat.
4. Membimbing pelajar dalam kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang diperlukan untuk berinteraksi dengan pihak dalaman dan luaran organisasi secara profesional.
5. Mengasah kemahiran dalam merancang, mengurus, dan melaksanakan projek dengan efektif serta mengembangkan strategi untuk mencapai objektif organisasi.
6. Membantu pelajar mengembangkan kemahiran dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang bijak dalam situasi yang berbeza dalam pengurusan pentadbiran.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 25
Dan
Dan
Pentadbiran Pejabat [N821-001-3:2020] Atau
Setiausaha Korporat Eksekutif [FB-025-3:2012] Atau
Penyeliaan Pengurusan Pejabat [FB-024-3:2012] Atau
Pentadbir Elektronik [M-050-3] Atau
Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat [IT-080-3] Atau
Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat [D-060-3] Atau
Setiausaha Korporat Eksekutif [M-052-3] Atau
Ketua Kerani Guaman [M-053-3]
2. Executive Assistant
3. Human Resource Officer
4. Administrative Executive
5. Project Manager
6. Marketing Officer
7. Customer Service Manager
Butiran Penyedia Latihan TVET
ALAM AVENUE 2
SEKSYEN 16
Lain-lain Maklumat
- Elaun sara diri RM600/bulan (PTPK);
- Elaun Pengangkutan (bersyarat) (PTPK);
- Elaun Peralatan Latihan RM2500 (PTPK);
- Hoatel Penginapan disediakan oleh Akademi.