Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini ditawarkan bertujuan untuk menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya. Selain itu graduan juga akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang automotif seperti teknologi kenderaan hibrid dan elektrik.

Graduan juga perlu membuat satu projek akhir yang merupakan elemen wajib untuk ditauliahkan dengan DKM Tahap 4 mengikut Persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara subjek yang ditawarkan dalam program ini ialah Automotive Advance Technology, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Stor dan Kawalan Kualiti. Setelah tamat pengajian, graduan dapat memahami secara khusus keseluruhan elemen pengurusan dalam bidang automotif untuk dipraktikkan dalam kerjaya berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Calon yang berjaya menamatkan latihan sehingga diploma layak untuk menjawat jawatan sebagai Eksekutif di mana mereka bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan operasi selepas jualan dalam bidang automotif.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS PERAI (ILP PERAI)
Alamat
LORONG PERUSAHAAN SATU, KAWASAN PERUSAHAAN PERAI
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
IERWAN BIN AB KARIM
Telefon
04-3907269
Emel
bkklilpperai@gmail.com
Laman Web
www.ilpperai.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman pengajian oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

SYARAT AM KEMASUKAN

Warganegara Malaysia;
Berumur tidak melebihi 35 tahun;
Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF
Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut:
(a) P-115-3 / P-010-3: Juruteknik Kenderaan Motor; atau
(b) P-030-3 : Juruteknik Kenderaan Perdagangan; atau
(c) TP-300-3: Juruteknik Kanan Kenderaan Motor; atau
(d) TP-300-3:2013: Automotive After Sales Servicing; atau
(e) TP-307-3: Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan; atau
(f) TP-307-3:2012 Servis & Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan; atau
(g) G452-001-3:2017: Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik; atau
(h) G452-002-3:2018: Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan.

OBJEKTIF
Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang pengurusan automotif dan berupaya menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup.

Untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengaplikasi kemahiran penyeliaan, perancangan dan penyelenggaraan automotif yang bersesuaian dengan keperluan industri

KONSEP LATIHAN
Amali : 40%
Teori : 40%
Projek : 20%
Latihan Industri

RINGKASAN KANDUNGAN
Semester 1
K10-44-21 : AUTOMOTIVE WORKSHOP RULES & REGULATIONS
K10-44-22 : WORKSHOP MANAGEMENT
K10-44-23 : QUALITY MANAGEMENT
K10-44-24 : INVENTORY MANAGEMENT
PTA4011 : FINAL YEAR PROJECT 1

Semester 2
K10-45-21 : HUMAN RESOURCES MANAGEMENT
K10-45-22 : MARKETING STRATEGY
K10-45-23 : AUTOTRONIC
HAK4141 : HAK PEKERJA
ENT4131 : eENTREPRENEURSHIP

Semester 3
LI5013 : INDUSTRIAL TRAINING

KAEDAH PENILAIAN
Kaedah penilaian di ILP Perai dijalankan secara berterusan meliputi Kerja Kursus, Kuiz, Tugasan, Penilaian pengetahuan, Penilaian Prestasi, Projek Tahun Akhir dan Penilaian Akhir
Kerja Kursus : 40% (Amali – 25% & Teori – 15%)
Peperiksaan Akhir : 40% (Amali – 25% & Teori – 15%)
Projek Akhir : 20%

TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

PENGANUGERAHAN
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Teknologi Automotif
;