OPERASI SENI KULINARI
I561-005-3:2022
Pengenalan Kursus
Kursus Operasi Seni Kulinari Tahap 3 direka khas untuk individu yang ingin mendalami dunia kulinari secara profesional. Melalui program ini, pelajar akan mempelajari teknik penyediaan makanan yang berasaskan seni dan kreativiti, termasuk pengurusan dapur, keselamatan makanan, dan inovasi dalam penyajian hidangan. Kursus ini juga menekankan aspek praktikal dan teori, menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam industri makanan dan minuman yang kompetitif.
Maklumat Latihan TVET
Chef de Partie – Mengendalikan bahagian tertentu di dapur, seperti pembuka selera atau pencuci mulut.
Pastry Chef – Pakar dalam membuat kek, pastri, dan pencuci mulut.
Sous Chef – Membantu Head Chef mengawasi operasi dapur dan staf.
Head Chef – Bertanggungjawab menguruskan dapur dan merancang menu.
Pengusaha Perniagaan Makanan – Membuka restoran atau perniagaan katering sendiri.
Konsultan Kulinari – Memberi nasihat kepada restoran atau hotel tentang operasi dapur.
Pengajar Kulinari – Mengajar kemahiran seni kulinari di institusi pendidikan
Syarat Kelayakan
Had Umur & Kelayakan Akademik
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Syarat Umum
Kelayakan Kesihatan & Mahir 3M
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
PUSAT PERUSAHAAN SKUDAI 8
81300 JOHOR BAHRU
JOHOR
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.