Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Mobile Device Configuration merupakan salah satu daripada Competency Unit yang diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri yang berdaya saing tinggi dalam pasaran pekerjaan. Program ini memberi pendedahan kepada pelatih dalam bentuk teori dan amali.Para pelatih akan mempelajari dan memahami tentang keperluan peranti mudah alih pengguna, konfigurasi peranti mudah alih, konfigurasi perkakasan dan perisian peranti mudah alih dan penyelesaian masalah perkakasan dan perisian peranti mudah alih.
Kursus ini memberi pendedahan serta kemahiran asas kepada pelajar dalam bidang berkaitan komputer dan dilatih sehinga mahir dalam peranti mudah alih pengguna. Selain daripada itu, peserta juga turut mendedahkan “ Soft Skill” dan “Hard Skill” seperti kemahiran komunikasi, penyediaan laporan dan kerja berpasukan.