
Kursus TVET
Sijil Rekabentuk Dalaman
SRD
Pengenalan Kursus
Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada bidang rekabentuk dalaman selari dengan perkembangan teknologi terkini. Pelajar akan diberi peluang menerokai kerjaya di dalam bidang rekabentuk dan hiasan dalaman. Program ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan gabungan kreatif, bentuk, fungsi bahan dan nilai estetika ke dalam ruang dalaman.
Program ini menawarkan modul teras Rekabentuk Dalaman I, Lukisan Teknikal, CADD 2D dan Bahan Binaan Dan Kemasan untuk semester 1. Modul teras bagi semester 2 merangkumi Rekabentuk Dalaman II, Lukisan Terperinci Dan Spesifikasi, CADD 3D dan Sejarah Rlamanekabentuk D Manakala modul teras bagi semester 3 pula ialah Rekabentuk Dalaman III, Anggaran Dan Kos Bahan dan Pembuatan Model. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Sehubungan dengan itu, lulusan daripada program ini akan bersedia untuk menyahut cabaran dunia sebenar dalam industri rekabentuk dalaman.
Maklumat Latihan TVET
1. Pembantu Perekabentuk Dalaman
2. Pembantu Perekabentuk CADD
3. Pembantu Perekabentuk Lukisan 3D
4. Pelukis Pelan
5. Jurujual perekabentuk Dalaman
6. Jururunding Hiasan Dalaman
7. Model Maker
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali