Kursus TVET

PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI

C259-008-3:2022

Pengenalan Kursus

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.
Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalanakan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.
Jurukimpal Gas / Jurukimpal Arka Logam Berperisai atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas.

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1 Terbuka dan tidak wajib mempunyai sijil PMR/PT3/SPM dan mempunyai minat dalam bidang kemahiran yang ditawarkan.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Kelayakan Had Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35


Dan

3. Status Kewarganegaraan
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Status Kesihatan
4.1 Sihat tubuh badan dan mental serta bukan pemegang kad OKU
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MALAYSIAN TECHNICAL SKILLS ACADEMY
Alamat
P16-P26, JALAN AVENUE 1, 28600 KARAK, PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
Nurhamizah binti Ibni Hajar
Telefon
092317128
Emel
admin@mtsacollege.com
Laman Web
https://www.mtsacollege.com/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) disediakan bagi yang berkelayakan.
2. Elaun sara hidup (pinjaman) ditawarkan kepada pelajar yang berminat.
3. Asrama pelajar disediakan.
4. Modul: Kursus Kimpalan Tahap 3
4. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan ke atas logam dari logam-logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru serta menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah. membengkok dan merenggang logam. Layari website https:https://www.mtsacollege.com/progam-jangka-pendek untuk maklumat lanjut.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;