
Kursus TVET
Setiausaha Korporat Eksekutif
FB-025-3:2012
Pengenalan Kursus
FB-025-3:2012 Setiausaha Eksekutif Korporat merupakan program kemahiran yang memberi penekanan kepada pembangunan profesional dalam bidang sokongan pengurusan dan pentadbiran, selaras dengan keperluan sektor korporat dan industri moden. Program ini melahirkan tenaga kerja yang cekap, beretika dan bersedia untuk menyumbang secara efektif dalam persekitaran organisasi yang dinamik.
Di SAC Skills Institute (SACSI), keistimewaan utama program ini ialah pelaksanaannya melalui pendekatan Dual Certification System (DCS), di mana pelatih bukan sahaja menerima latihan berdasarkan NOSS (National Occupational Skills Standard) bagi program FB-025-3:2012, tetapi turut mengikuti latihan ditambah nilai berstruktur berasaskan Standard of Training, Certification and Watchkeeping (STCW) yang ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia.
Latihan STCW ini adalah selaras dengan kehendak industri maritim semasa, terutamanya dari aspek keselamatan, disiplin kerja dan kesediaan menghadapi risiko dalam persekitaran kerja maritim. Pelatih didedahkan kepada latihan asas profesional yang diperlukan untuk bertugas di kapal atau organisasi berkaitan pelabuhan dan logistik laut.
Gabungan kedua-dua pensijilan ini meletakkan graduan SACSI pada kedudukan strategik dan kompetitif dalam pasaran kerja, khususnya dalam sektor maritim yang memerlukan kemahiran sokongan pentadbiran serta pematuhan kepada piawaian antarabangsa. Graduan berpotensi untuk berkhidmat di agensi perkapalan, pengendali pelabuhan, syarikat logistik laut, firma perunding maritim dan pelbagai organisasi berkaitan industri maritim, sama ada di peringkat nasional mahupun global.
Maklumat Latihan TVET
Prospek semasa graduan merangkumi peluang dalam pengurusan pentadbiran pejabat, operasi pelabuhan, firma logistik dan syarikat perkapalan. Dengan kemahiran yang disesuaikan mengikut kehendak industri, mereka berperanan penting dalam pengendalian dokumentasi, komunikasi korporat dan pengurusan keselamatan operasi maritim.
Kepentingan pensijilan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) pula memastikan graduan berkelayakan untuk kembali atau beralih kepada pekerjaan di sektor darat, termasuk dalam bidang pentadbirandan pengurusan pejabat di pelbagai industri lain. Ini memberikan fleksibiliti kerjaya yang tinggi dan peluang berterusan untuk berkembang tanpa terhad kepada sektor maritim sahaja.
Prospek masa depan sektor maritim yang semakin berkembang pesat dengan pembangunan pelabuhan pintar, digitalisasi operasi logistik dan peningkatan perdagangan antarabangsa menjanjikan peningkatan permintaan bagi tenaga kerja yang memiliki kemahiran teknikal dan kepatuhan kepada piawaian keselamatan antarabangsa. Graduan juga berpeluang untuk menyertai agensi pengawalan keselamatan maritim, pengurusan risiko serta syarikat teknologi maritim.
Dengan gabungan ini, graduan SACSI bukan sahaja memiliki daya saing tinggi dalam pasaran kerja tempatan tetapi juga berpeluang menyertai industri maritim global yang dinamik, sambil mengekalkan kebolehan berkerja dalam sektor korporat darat yang luas.
Syarat Kelayakan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
73000 TAMPIN
NEGERI SEMBILAN
Lain-lain Maklumat
2. Pengiktirafan dan Akreditasi
3. Sokongan Penempatan Kerjaya
4. Peluang Melanjutkan Pelajaran
5. Faedah Jangka Panjang
* Nota :
1. Yuran pendaftaran adalah ditetapkan selaras dengan pakej persijilan terkini yang ditawarkan, merangkumi keseluruhan pensijilan dalam kerangka Dual Certification System (DCS) bagi memastikan pelatih menerima manfaat penuh daripada program latihan yang komprehensif dan bersepadu.
2. Jumlah Yuran Pengajian pula adalah tertakluk kepada komponen dan kadar semasa yang ditetapkan dan diluluskan oleh pihak PTPK dan juga pilihan kadar elaun oleh pelatih.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan