Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kerjaya sebagai tukang gunting rambut pada masa kini kian mendapat tempat dalam kalangan anak muda kerana ia bukan saja menampilkan kemahiran malah turut memberi pendapatan lumayan buat mereka yang menceburinya.
Kursus Modul gunting rambut ini direka untuk mengajar para peserta tetang Penyelenggaraan peralatan gunting rambut , keselamatan kedai gunting rambut , persediaan inventori kedai gunting rambut , Asas Gunting Rambut (cut one length / cut graduation / cut square / cut uniform layer / perform clipper work) , Pencukuran Asas (beard and moustache shaving & trimming / head shave ) dan juga membersihkan rambut dan kulit kepala.
Latihan ini akan mengambil masa selama 6 bulan, iaitu 2 bulan untuk latihan teori dan praktikal di DHASS SKILLS ACADEMY diikuti dengan penempatan kerja selama 3 bulan di cawangan kedai gunting rambut dhass dan kedai gunting rambut yang telah MOU dengat Pusat kami .
Pelajar yang menamatkan pengajian mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) dalam bidang Pengguntingan Rambut