Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tahap 3 merupakan program latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada aspek teknikal dan amali dalam bidang elektrik. Kursus ini dirangka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan, cekap dan berketerampilan dalam kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan serta pengujian sistem pendawaian elektrik mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Pelatih akan mempelajari pengenalan dan pendedahan kepada sistem elektrik yang akan diguna pakai di industri atau bangunan-bangunan yang mempunyai voltan 3 fasa serta mempelajari sistem canggih yang terkini yang terdapat pada CoCU 6: Building Automation System.
Melalui tahap 3 ini, pelatih juga akan didedahkan kepada kemahiran lanjutan seperti merekabentuk sistem pendawaian, penyelesaian masalah teknikal yang kompleks, serta pelaksanaan kerja-kerja elektrik mengikut Akta Bekalan Elektrik dan piawaian Suruhanjaya Tenaga. Kursus ini mempersiapkan pelatih untuk mendapatkan Sijil Pendawai daripada pihak berkuasa berkaitan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Kelayakan ini membolehkan graduan untuk menceburi kerjaya dalam industri elektrik sama ada sebagai pendawai elektrik, juruteknik penyelenggaraan, atau memulakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan. Program ini juga menjadi landasan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Atau
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30
Atau
Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor industri dan keusahawanan, antaranya:
Pendawai Elektrik Berlesen (PW2/PW4)
Juruteknik Elektrik
Juruteknik Penyelenggaraan Bangunan
Juruteknik Automasi Bangunan
Juruteknik Kawalan Proses Industri
Kontraktor Elektrik
Usahawan dalam bidang elektrik
Juruteknik Tenaga Boleh Diperbaharui
Selain peluang pekerjaan, pelatih juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat:
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Program Profesional (Sijil Pendawai / Chargeman)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik atau Teknologi Elektrik di institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lot 30774, Lorong Sentosa
Bukit Unggul,Jenderam Hulu,
43800 Sepang
Lain-lain Maklumat
✅ Sijil diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (JPK, Kementerian Sumber Manusia)
✅ Yuran Pendaftaran hanya RM100 sahaja
✅ Pinjaman yuran pengajian disediakan melalui Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK)
✅ Elaun bulanan sehingga RM800 sepanjang tempoh pengajian
✅ Penginapan percuma sepanjang tempoh pengajian
✅ Makan dan minum disediakan secara percuma setiap hari
✅ Kemudahan lengkap di dalam kompleks
🏠 Asrama selesa
🕌 Masjid
☕ Kafe
⚽ Padang permainan
✅ Air mineral semula jadi disediakan untuk kegunaan harian termasuk mandi