Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini mendedahkan para pelatih kepada teknik penghasilan dan dekorasi produk pastri. Tujuan kursus ini direka untuk memberi Pendidikan dan Latihan kepada pelbagai lapisan komuniti tempatan dan organisasi dalam memperkukuhkan kemahiran dan keperluan industri. Kursus ini dijalankan berpandukan NOSS yang telah dikemaskini bagi menyediakan individu kompeten untuk memenuhi keperluan pekerjaan hari ini.

Kursus ini mendedahkan teknik penghasilan pastri secara praktikal dan teori. Pelatih akan memperoleh pengalaman secara langsung menghasilkan pelbagai jenis produk pastri dan pencuci mulut.

Pelatih yang selesai mengikuti kursus ini dijangka kompeten dalam penyediaan produk pastry dan kek, kemasan produk, hiasan produk akhir untuk mencapai keperluan kualiti dan kuantiti. Kursus ini juga memberi peluang kepada pelatih untuk mendalami ilmu, kemahiran dan kompetensi untuk dunia pekerjaan atau memulakan perniagaan berkaitan industri pastri, makanan dan servis.

Pelatih yang tamat mengikuti kursus ini dijangka kompeten dalam menjalankan:
• Penyediaan konfeksi
• Produk pencuci mulut sejuk beku
• Penyediaan pastri
• Penyediaan produk coklat
• Dekorasi produk pastry
• Inovasi
• Kawalan stok
• Kalawan pengeluaran
• Fungsi pentadbiran
• Kos produk

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Umur
2.1 Calon mestilah berumur antara 15 hingga 40 tahun sahaja

Umur Minimum : 14
Umur Maksimum : 40


Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Calon Mestilah Sekurang - kurangnya Mempunyai Minat.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Pra Syarat Tambahan
4.1 Kebolehan 3M (Membaca, menulis dan mengira)
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembuat roti berseni, pemilik kafe, pemilik kedai roti, perancang kafe, pembuat roti, commis chef, chef pastri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ ANTARABANGSA MIGHTY SKILLS
Alamat
NO. 577-584 & 598, JALAN HARUAN 4/8, OAKLAND COMMERCIAL CENTRE,
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
DR HELMINIRY HAD BIN SABTU
Telefon
0123019952
Emel
kolejmightyskills@gmail.com
Laman Web
www.mightyskills.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program latihan ini adalah gabungan tahap (Tahap Tunggal) SKM Tahap 2 & Tahap 3
;