Kursus TVET

PENTADBIRAN TEKNIKAL SENIBINA

BC-050-4:2013

INSTITUT TAHFIZ KEMAHIRAN JAWAHIR , JOHOR

Pengenalan Kursus

Pentadbiran Teknikal Senibina [BC-050-4:2013] adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4, yang lebih menekankan aspek pengurusan dan pentadbiran dalam bidang senibina.

Kemahiran yang Dikuasai

Berbanding dengan Tahap 3 yang lebih fokus kepada penyediaan lukisan pelan, Tahap 4 ini menekankan pengurusan teknikal dan pentadbiran projek senibina. Antara kemahiran yang diajar ialah:

1. Penyelarasan & Pengurusan Lukisan Senibina
Menyelia dan mengurus kerja-kerja penyediaan lukisan.
Memastikan ketepatan dan pematuhan kepada piawaian serta peraturan.

2. Pengurusan Dokumentasi Projek
Menyediakan dan menyusun dokumen berkaitan dengan projek senibina.
Menyelaraskan laporan teknikal, spesifikasi, dan dokumen kontrak.

3. Pentadbiran Tapak Bina
Membantu dalam pengurusan tapak projek, termasuk pemantauan kerja-kerja pembinaan.
Memastikan pelaksanaan kerja mengikut spesifikasi lukisan dan peraturan keselamatan.

4. Penggunaan Teknologi & Sistem Maklumat Senibina
Menggunakan perisian BIM (Building Information Modeling) untuk pemantauan projek.
Mengendalikan sistem pengurusan dokumen dan komunikasi teknikal.

5. Pematuhan Undang-Undang & Peraturan Bangunan
Memastikan pelan dan dokumentasi mematuhi undang-undang berkaitan seperti UBBL & Akta 133.
Memahami aspek perancangan bandar dan keperluan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

6. Pengurusan Kewangan & Kos Projek
Membantu dalam penyediaan anggaran kos projek.
Memantau bajet dan memastikan kos tidak melebihi peruntukan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Pelukis Pelan Bangunan
2. Perunding Lukisan Pelan
3. Pelukis Pelan Ruangan Dalaman
4. Kerani Tapak Binaan
5. Pelukis Illustrasi
6. Kontrakor Binaan
7. Pengajar di Pusat Kemahiran (PP,PPD / Trainer)
8. Pembuat Model Bangunan
9. Usahawan / Freelance/ Kerja Sendiri

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
AKADEMIK
Syarat Pilihan 1
Kriteria di utamakan bagi pemegang sijil SKM 3 Lukisan Pelan Senibina (BC-050-3-2013)

Lukisan Pelan Senibina [BC-050-3:2013] Atau

Pelukis Pelan Kanan Senibina [BC-050-3] Atau

Pelukis Pelan Kanan Senibina [B-050-3]

ATAU
Syarat Pilihan 2
BOLEH MEMBACA , MENULIS DAN MENGIRA SERTA TIDAK BUTA WARNA

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 3
MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM 3) LUKISAN PELAN SENIBINA ( BC-050-32013)
1. BERUMUR 16 TAHUN DAN KE ATAS BOLEH MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA DAN TIDAK BUTA WARNA

DAN
02
Kriteria Utama
HAD UMUR
UMUR PEMOHON
Syarat Wajib
16 TAHUN HINGGA 30 TAHUN

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
WARGANEGARA
SYARAT WARGANEGARA
Syarat Wajib
CALON MESTILAH WARGANEGARA MALAYSIA
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
3M, STATUS PERKAHWINAN
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib) ,
5. Tidak Berkenaan Semua Di Atas (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TAHFIZ KEMAHIRAN JAWAHIR
Alamat
TL 127, JALAN PARIT RAJA DARAT
86400 PARIT RAJA
BATU PAHAT, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
AZAMMUDDIN BIN PARMAN
Telefon
07-453 2070
Emel
itkj2020@gmail.com
Laman Web
https://intakejawahir.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Selain itu, pelajar juga dideahkan dengan subjek matapelajaran tambahan seperti :
1. PAFA
2. Kitab Turath (Tauhid & Fekah)
3. Bahasa Inggeris (MUET)
4. Keusahawanan
5. Projek Studio
6. Pengucapan Awam
7. Ko-kurikulum (Kawad Kaki & Kick Boxing)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;