Kursus TVET

Sijil Khas Hortikultur Landskap

KHL

Pengenalan Kursus

Program Sijil Khas Hortikultur Landskap direka bentuk untuk menghasilkan graduan TVET Pendidikan Khas yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dan kemahiran yang tinggi dalam memenuhi permintaan tenaga kerja sektor industri landskap. Struktur program ini merangkumi komponen teknikal, pembangunan diri, teknologi dan kompetensi pekerjaan. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin antaranya Pengenalan Nurseri Tanaman Hiasan, Pembiakan dan Pengeluaran Tanaman Hiasan, Pengenalan Pembinaan Landskap, Implementasi Landskap, Pengenalan Penyelenggaraan Hortikultur Landskap, Penyelenggaraan Landskap Lembut & Kejur serta Penyelenggaraan Peralatan dan Mesin Kecil. Pelajar diwajibkan mengambil Kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Komunikasi, Kokurikulum dan Asas Keusahawanan. Seterusnya, pelajar juga didedahkan dengan kursus teras disiplin iaitu Asas Aplikasi Komputer dan pelajar boleh memilih kursus elektif iaitu Khidmat Komuniti atau Penyelenggaraan Rumput Turf untuk meningkatkan kemahiran kendiri. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani latihan industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan kepada dunia kerjaya yang sebenar. Latihan industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga separa mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam bidang landskap. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:
1. Penyelia Operasi Nurseri
2. Penyelia Penyelenggaraan Landskap
3. Sub Kontraktor Pembinaan Landskap
4. Usahawan Hortikultur Landskap

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
Alamat
JALAN BATANG MELAKA,77500 SELANDAR,MELAKA, SELANDAR, MALAYSIA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
-
Telefon
06-5253122
Emel
kksl@kkselandar.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;