Kursus TVET

Sijil Khas Pemprosesan Makanan

KKP

Pengenalan Kursus

Program Sijil Khas Pemprosesan Makanan direkabentuk untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu pengetahuan yang asas dan kemahiran yang tinggi dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor industri makanan. Struktur program ini merangkumi kursus teras disiplin iaitu Asas Kebersihan Diri dan Sanitasi, Asas Keselamatan dalam Bengkel, Pemprosesan Hasilan Bijian, Pemprosesan Hasilan Buah dan Sayur, Pemprosesan Hasilan Kekacang, Pemprosesan Roti,Pemprosesan Hasilan Ikan, Pemprosesan Produk Sejuk Beku, Pemprosesan Biskut, Pemprosesan Kek, Pemprosesan Pastri, Pemprosesan Hasilan Ayam dan Pemprosesan Hasilan Daging. Pelajar diwajibkan mengambil Kursus Pendidikan Islam/Moral, Asas Komunikasi, Ko-Kurikulum dan Asas Keusahawanan. Seterusnya, pelajar juga didedahkan dengan kursus teras disiplin iaitu Asas Aplikasi Komputer dan perlu mengambil kursus elektif bagi Khidmat Komuniti atau Asas Pembungkusan dan Pelabelan Makanan. Melalui kursus-kursus yang ditawarkan ini, pelajar dapat membina kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, keusahawanan, bersikap profesional dan bersedia secara sukarela menyumbang kepada masyarakat. Pelajar akan menjalani Latihan Industri pada semester akhir yang dapat memberi pendedahan dunia kerjaya yang sebenar. Latihan Industri ini penting sebagai persediaan untuk menjadi tenaga mahir yang diperlukan oleh industri pada masa akan datang.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pemprosesan makanan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
1. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana
2. Pembantu Restoran/ Kedai Makan/ Pembantu Kedai Bakeri
3. Pembantu Penyediaan Makanan Hospital
4. Pembantu Operasi Kilang Makanan
5. Pembantu Dapur

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI ARAU
Alamat
Jalan Tengku Budriah, Tambun Tulang
02600 Arau
Perlis.
Negeri
PERLIS
Penyelaras
-
Telefon
04-9869800
Emel
kkarau@kkarau.edu.my
Laman Web
http://www.kkarau.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;