Kursus TVET

PENYELIAAN PERKHIDMATAN SEKURITI

DS-010-3:2013

SECURITY PLUS ACADEMY , W.PERSEKUTUAN (KL)

Pengenalan Kursus

Kursus Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti (DS-010-3:2013) adalah program latihan yang dirancang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam bidang keselamatan. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelatih dengan pengetahuan serta kemahiran dalam menyelia operasi keselamatan, mengendalikan kawalan risiko, serta memastikan pematuhan prosedur keselamatan di tempat kerja.

Kursus ini berpandukan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS) dan melayakkan pelatih memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Penyeliaan Perkhidmatan Sekuriti.

Objektif Kursus
1. Menguasai konsep dan teknik penyeliaan dalam operasi keselamatan.
2. Memahami dan melaksanakan prosedur pengurusan risiko serta kawalan keselamatan.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan dalam menyelia pegawai keselamatan.
4. Mengendalikan latihan dan taklimat keselamatan kepada pasukan keselamatan.
5. Menyediakan laporan dan dokumentasi berkaitan insiden serta pemantauan keselamatan.
6. Memastikan pematuhan undang-undang, peraturan, dan etika profesional dalam bidang keselamatan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Penguatkuasa
2. Pegawai Keselamatan
3. Pengiring Rapat (Bodyguard)
4. Escort
5. Penyiasat Persendirian
7. Tenaga Pengajar Bidang Kemahiran

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 bagi kursus Operasi Perkhidmatan Sekuriti
Syarat Pilihan 1

Operasi Perkhidmatan Sekuriti [DS-010-2:2013] Atau

Pegawai Keselamatan Bersenjata [SS-011-2] Atau

Pegawai Keselamatan [SS-012-2] Atau

Cash In Transit (CIT) Officer [SS-020-2]

ATAU
Syarat Pilihan 2

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45

DAN
02
Kriteria Utama
Keperluan Kesihatan dan Fizikal
Sihat tubuh badan dan mental.
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.
DAN
03
Kriteria Utama
Umur
Berumur 16 tahun sehingga 45 tahun sahaja
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SECURITY PLUS ACADEMY
Alamat
NO. 63-2, 65-2 & 67-2, LEVEL 3
JALAN KAMPUNG PANDAN
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
UTHAYAKUMAR A/L THIAGU
Telefon
03-9202 9443
Emel
alex@securityplus.org.my
Laman Web
https://securityplusacademy.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Mod pembelajaran dilakukan secara fizikal

PERSIJILAN
1. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;