Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Pelajar diberikan latihan mengenai undang-undang keselamatan, prosedur penguatkuasaan, prosedur keselamatan pekerjaan, prosedur perlindungan kebakaran, prosedur tindak balas kecemasan, pemeriksaan sistem keselamatan elektronik, kit pertolongan cemas asas, prosedur keselamatan dan penulisan laporan.
Pelajar juga diberikan latihan mengenai teknik penyeliaan, penyeliaan kakitangan, penyeliaan dan pembangunan manual mengenai prosedur keselamatan, keselamatan pekerjaan, penguatkuasaan, dan prosedur tindak balas kecemasan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
TAMAN PERTAMA, 56100 CHERAS
KUALA LUMPUR
Lain-lain Maklumat
Pembiayaan pinjaman sepenuhnya oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) berserta elaun bulanan RM600 tertakluk kepada syarat-syarat dan kelulusan oleh pihak PTPK.
Hostel berhampiran pusat bertauliah disediakan pada sewa yang berpatutan.
Berhampiran dengan pengangkutan awam (MRT)
Peserta akan ditempatkan untuk latihan industri di rakan industri terdiri daripada kumpulan syarikat seperti Meridian Security, Safeguards G4S, Oceanin Logistic, REX, Safwork dan Saito Education Group. Pelatih juga boleh melanjutkan ke peringkat pengajian tinggi iaitu Diploma di Saito University College dengan sijil penuh SKM Tahap 3 di dalam Diploma in Security Management atau Diploma in Law Enforcement Administration.