Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini bermatlamat memberi ilmu pengetahuan dan latihan teknikal dalam bidang ‘Building Information Modelling’. Ia merupakan satu inisiatif dalam menyediakakan graduan yang berkualiti dan bersedia memenuhi keperluan industri dari aspek teknikal, sahsiah dan profesionalisme. Antara kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah teknologi mekanikal dan elektrikal, teknologi pembinaan, teknologi hijau dan alam sekitar, serta latihan praktikal mengenai perisian BIM. Graduan daripada program ini bakal bergelar ‘BIM Modeller’ yang mampu membangunkan dan melaksanakan analisis ke atas model mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh industri, serta mengemaskini ‘Family’ dan model mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Graduan juga mampu menyediakan persembahan model tiga dimensi (3D) kepada pelanggan semasa proses mendapatkan kelulusan rekabentuk konsep dan menjana kuantiti daripada model yang disediakan oleh setiap disiplin.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
BIM Modeller, Penolong jurutera, Penyelia pemeriksa projek binaan, Penyelaras projek, penyelia projek, Inspektor bagi projek pembinaan, kontraktor, perunding struktur bangunan dan Arkitek (sub-sektor), Pemaju atau usahawan dalam industri pembinaan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA SRI GADING (KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA SRI GADING)
Alamat
Batu 11, Jalan Kluang,
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor.
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NOOR ASLINDA BINTI JAFRI
Telefon
07-4532571
Emel
aslinda.jafri@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
UniKL/MTUN/IPTA/IPTS
;