Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus C259-008-3:2022 ini bertujuan untuk memberi pemahaman dan kemahiran praktikal dalam proses kimpalan arka logam berperisai kepada peserta yang terlibat dalam industri pengelasan. Teknik ini sangat popular kerana ia adalah salah satu proses kimpalan yang paling mudah digunakan, kos efektif, dan boleh dilakukan dalam pelbagai situasi dan persekitaran kerja. Kimpalan Arka Logam Berperisai melibatkan penggunaan elektrod berperisai yang menghasilkan gas pelindung semasa arka elektrik terbentuk antara elektrod dan bahan asas. Proses ini sering digunakan dalam pelbagai industri seperti pembinaan, pembuatan, penyelenggaraan, dan pembaikan struktur logam.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Had Umur
2.1

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45


Dan

3. Warganegara
3.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Lain-lain Syarat
4.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
PENYELIA KIMPALAN, JURULATIH KEMAHIRAN KIMPALAN, PEMERIKSA KUALITI KIMPALAN, KONTRAKTOR KIMPALAN, JURUTERA KIMPALAN DAN LAIN LAIN LAGI

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MASTER WELD ACADEMY
Alamat
NO. 2, JALAN SS 13/16,
SUBANG INDUSTRIAL ESTATE,
47500, SUBANG JAYA, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
SITI NOORFARAH HANAN BT MAT ZAHIR
Telefon
0356127335
Emel
master.weld.academy@gmail.com
Laman Web
https://masterweldacademy.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Setiap pelatih akan menerima pinjaman penuh daripada pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) .
Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK-i) tersebut adalah merangkumi Pinjaman Yuran Latihan, Elaun Sara Diri Bulanan (RM800/bulan) dan juga Elaun Pengangkutan (one -off) sebanyak RM500 bagi pelatih semenanjung manakala RM 1,000 bagi pelatih dari Sabah dan Sarawak.
;