Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para pelatih kepada prinsip-prinsip dalam pembaikian dan penyelenggaraan kenderaan. Para pelatih akan didedahkan dengan teori kemahiran penyelenggaraan asas, jenis-jenis pelincir, komponen automotive dan kaedah interpretasi manual bengkel dan prosedur bengkel.
Kursus ini dijalankan berpandukan NOSS yang telah dikemaskini bagi menyediakan individu kompeten untuk memenuhi keperluan pekerjaan hari ini. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
• Memberi kesedaran dan pendidikan tentang kaedah servis kenderaan dan penyelenggaraan kenderaan di bengkel
• Mengesyorkan amalan baik untuk dipraktikkan oleh perkhidmatan bengkel pembaikian dan servis kenderaan
• Mematuhi National Automotive Policy (NAP) dalam piawaian aktiviti servis dan penyelenggaraan kenderaan ringan
Pelatih yang selesai mengikuti kursus ini dijangka kompeten dalam melaksanakan kompetensi teras berikut:
• Perkemasan bengkel kenderaan
• Servis enjin kenderaan
• Baik pulih enjin
• Servis sistem brek
• Penggantian sistem penyejuk enjin
• Pembaikan gandar depan & belakang
• Pembaikan sistem ekzos
• Servis sistem elektrik & elektronik kenderaan
• Servis stereng, ampaian (suspension) dan roda
• Pembaikan sistem pengudaraan & penghawa dingin
• Baik pulih Transgandar/Transmisi automatik
• Baik pulih Transgandar/Transmisi Manual
Seterusnya, pelatih juga dijangka kompeten dalam melaksanakan kompetensi elektif berikut:
• Baik pulih kes pertukaran
• Servis karburetor kenderaan
Maklumat Latihan TVET
Dan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
PTPK menyediakan pinjaman yuran pengajian dan elaun tambahan seperti kos sara hidup RM600 atau RM400, elaun komputer riba dan elaun pengangkutan.
Hostel disediakan oleh pihak kolej untuk penginapan pelatih dengan yuran penginapan bulanan bagi yang layak.