Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pelajar yang menyertai kursus ini akan didedahkan dengan pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti pentadbiran petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan inventori dan perolehan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, mencetak, mengikat dan memfail dokumen. Pelajar juga diberi pendedahan dalam menyelia kakitangan pentadbiran melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan. Akhir sekali, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi dan pengurusan barangan keluar-masuk dan merekod aktiviti kaunter hadapan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu kursus berikut :

Setiausaha Korporat Eksekutif [FB-025-3:2012] Atau

Pentadbiran Pejabat [N821-001-3:2020] Atau

Penyeliaan Pengurusan Pejabat [FB-024-3:2012]


Dan

2. Kelayakan Umur
2.1 Pemohon hendaklah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 26


Dan

3. Tahap Kesihatan
3.1 Pemohon hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

4. Status Kewarganegaraan
4.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
KAKITANGAN OPERASI / PENTADBIRAN / KERANI PEJABAT

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUTE OF PROFESSIONAL TECHNIQUES AND SKILLS
Alamat
NO. 42-1 & 42-2, JALAN PJU 7/16, MUTIARA DAMANSARA,
PETALING JAYA
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
SITI FATIMAH BINTI DAUD
Telefon
03-77334111
Emel
iptskills@gmail.com
Laman Web
https://www.iptskills.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1 - Pelbagai tawaran menarik disediakan untuk para pelajar :

• Diskaun Yuran Pengajian sehingga 30%
• Kaedah bayaran yuran secara ansuran bulanan, tunai dan potongan akaun KWSP
• Program kerja sambilan kepada para pelajar untuk menambah pengalaman, pengetahuan dan pendapatan para pelajar antara RM500-RM1000 sebulan.

2 - Tiket penerbangan pelajar untuk hadir mendaftar dari Sabah, Sarawak, dan Labuan di bawah tanggungan pihak IPTSkills.

3 - Penginapan untuk pelajar disediakan sepanjang tempoh pengajian.

Maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh terus hubungi / whatsapp pegawai kami di 011-6323 5200.

Website : https://www.iptskills.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/IPTSkills
Instagram : https://www.instagram.com/iptskills_/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@iptskills
;