Kursus TVET

SIJIL TVET PENGURUSAN PEJABAT

N821-001-3:2020

INSTITUTE OF PROFESSIONAL TECHNIQUES AND SKILLS , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus ini dijalankan secara tahap tunggal di mana Tahap 1 hingga 3 digabungkan menjadi satu tahap sahaja untuk memberikan jangkamasa pengajian yang lebih singkat dan yuran pengajian yang lebih rendah. Pelajar yang menyertai kursus ini akan didedahkan dengan pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti pentadbiran petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan inventori dan perolehan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, mencetak, mengikat dan memfail dokumen. Pelajar juga diberi pendedahan dalam menyelia kakitangan pentadbiran melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan. Akhir sekali, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi dan pengurusan barangan keluar-masuk dan merekod aktiviti kaunter hadapan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
17 Bulan
Prospek Kerjaya
KAKITANGAN OPERASI, PENTADBIRAN, KERANI PEJABAT

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Pilihan 1
Kelayakan pemohon sekurang-kurangnya

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Untuk pelajar yang tamat Darjah 6 sahaja atau kurang, sesi temuduga dan ujian ringkas akan dijalankan.

DAN
02
Kriteria Utama
Kelayakan Umur
Umur
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 26

DAN
03
Kriteria Utama
Tahap Kesihatan
Kesihatan
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Status Kewarganegaraan
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUTE OF PROFESSIONAL TECHNIQUES AND SKILLS
Alamat
NO. 42-1 & 42-2, JALAN PJU 7/16, MUTIARA DAMANSARA,
PETALING JAYA
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
SITI FATIMAH BINTI DAUD
Telefon
03-77334111
Emel
iptskills@gmail.com
Laman Web
https://www.iptskills.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1 - Pelajar yang memenuhi syarat, boleh mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk:

• Pinjaman 100% untuk Yuran Pengajian
• Pinjaman Elaun Sara Hidup- RM400 / RM600 / RM800 sebulan (pilihan pelajar)
• Pinjaman Elaun Pengangkutan- RM500 (Semenanjung) / RM1000 (Sabah,Sarawak,Labuan)
• Pinjaman Elaun pembelian komputer RM2500

2 - Tiket penerbangan pelajar untuk hadir mendaftar dari Sabah, Sarawak, dan Labuan di bawah tanggungan pihak IPTSkills.

3 - Penginapan untuk pelajar disediakan sepanjang tempoh pengajian.

Maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh terus hubungi / whatsapp pegawai kami di 011-6323 5200.

Website : https://www.iptskills.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/IPTSkills
Instagram : https://www.instagram.com/iptskills_/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@iptskills

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;