Kursus TVET

PROSES GABUNGAN KIMPALAN ARKA GAS TUNGSTEN & KEPINGAN LOGAM

MC-028-3:2014

ATC COLLEGE , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program Gas Tungsten & Shielded Metal Arc Welding Combined process (GTAW + SMAW) ini memberikan pelatih peluang untuk menguasai dua teknik kimpalan yang sangat penting dalam industri, iaitu gabungan proses Shielded Metal Arc Welding (SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW). Dengan mempelajari kedua-dua teknik ini, pelatih akan dapat memahami perbezaan dan boleh mengaplikasikan setiap teknik serta menguasai penggunaan peralatan kimpalan yang betul, seperti elektrod, gas pelindung dan sebagainya. Latihan praktikal yang diberikan membantu pelatih menguasai teknik kimpalan yang cekap untuk menghasilkan kimpalan yang berkualiti tinggi. Selain itu, program ini turut memberi penekanan serta penerangan kepada pelatih tentang aspek keselamatan.

Setelah tamat kursus, pelatih akan dilengkapi dengan kemahiran untuk menjalankan kimpalan dengan kedua-dua teknik SMAW dan GTAW, serta mampu menyelesaikan masalah kecacatan kimpalan yang biasa berlaku.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Penyelia Kimpalan
2. Jurutera Kimpalan
3. Pegawai Penilai (TVET-i)
4. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
5. Pemeriksa Kimpalan (WI)
6. Pengimpal Kompeten
7. Pembantu Pengimpal
8. NDT/DT Personal

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Pilihan 1
Pelatih mestilah seorang yang boleh menulis, membaca dan mengira serta minat dalam kimpalan.

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45

ATAU
Syarat Pilihan 3
Bangsa : 1. Melayu 2. Cina 3. India 4. Bumiputera Sabah 5. Bumiputera Sarawak
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ATC COLLEGE
Alamat
NO. 7, JALAN LADA HITAM 16/12
SECTION 16,
40200 SHAH ALAM SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NAJIHAH BINTI MOHD ZAWAWI
Telefon
012-3856615
Emel
hep.atcacademy@gmail.com
Laman Web
www.atc-academy.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pensijilan :
• Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
• Sijil Tamat Latihan

2. Pinjaman : 100% pinjaman pengajian tanpa faedah daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
• Yuran Pengajian
• Elaun Sara Hidup – RM400 setiap bulan sepanjang tempoh latihan

* Permohonan pinjaman diuruskan oleh pihak ATC College selepas pelatih berjaya mendaftar beserta dengan dokumen lengkap.
*Tertakluk pada syarat dan peruntukan PTPK

3. ATC College telah meraih 5 Bintang dalam Penarafan Bintang oleh Jabatan Kemahiran Malaysia.

4. Pihak ATC College mempunyai 50 MOU dengan syarikat untuk penempatan kerja.

5. ATC College memberikan peluang pekerjaan untuk pelatih selepas tamat pengajian.

6. ATC College turut menawarkan Green Card (CIDB), Toolbox dan Uniform secara percuma. Selain itu, pelatih juga diberikan pilihan untuk mendapatkan kad OGSP, kursus pendek TWI, serta pensijilan CSWIP/WQT.

7. Kelengkapan bengkel ATC College yang memenuhi spesifikasi antarabangsa.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;