Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Mekatronik Tahap 4 merupakan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang menggabungkan elemen mekanikal, elektronik, kawalan automasi, dan sistem robotik. Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mereka bentuk, memasang, menyelenggara, dan menyelesaikan masalah dalam sistem mekatronik moden.

Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini seperti PLC, sensor, sistem kawalan berkomputer, robotik industri, hidraulik, dan pneumatik, yang banyak digunakan dalam sektor automasi, pembuatan, dan kejuruteraan mekanikal.

Setelah tamat pengajian, graduan layak menerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4, yang membuka peluang kerjaya sebagai Juruteknik Kanan Mekatronik, Juruteknik Automasi, atau Pembantu Jurutera dalam industri teknologi dan pembuatan

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 Pelatih mestilah mempunyai kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 3 bagi bidang Mekatronik MC-091-3:2016

Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] Atau

Penyeliaan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2013] Atau

Juruteknik Automasi Senior [H-176-3] Atau

Juruteknik Industri Pembuatan [H-170-3]


Atau

1.2

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Atau

1.3
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
- Juruteknik Kanan Mekatronik – Menyelenggara, memasang, dan membaiki sistem mekatronik dalam industri.
- Juruteknik Automasi Industri – Mengendalikan sistem automasi dan kawalan berkomputer di kilang.
- Juruteknik Robotik – Menyelenggara dan mengurus operasi sistem robotik dalam sektor pembuatan.
- Juruteknik Kawalan & Instrumentasi – Mengawal dan membaiki sistem kawalan automasi serta sensor industri.
- Pembantu Jurutera Mekatronik – Membantu dalam penyelidikan, pembangunan, dan ujian sistem mekatronik.
- Penyelia Teknikal – Mengurus dan menyelia operasi serta penyelenggaraan peralatan dalam sektor industri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ MEGATECH
Alamat
LOT 139, G9 TIARA MUTIARA BATU 6 JALAN PUCHONG
58200 KUALA LUMPUR
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
Sailanatan A/L Podian
Telefon
0374992061
Emel
saila@megatech.edu.my
Laman Web
www.megatech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-Penginapan disediakan
-Pinjaman Latihan oleh Tabung Pembangunan Kemahiran
-Elaun sara hidup sehingga RM800/sebulan (sebahagian dari pinjaman)
-Kemudahan latihan yang kondusif
-Tenaga pengajar yang berpengalaman

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 03-7773 2061 atau Whatssap 018-2424046 (Mr.Razik Ali)
;