Kursus TVET

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA

F432-005-3:2019:-

EHSAN TVET INSTITUTE , NEGERI SEMBILAN

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk mendedahkan kepada peserta konsep teori dan praktikal pemasangan & penyelenggaraan elektrik tiga fasa. Peserta akan melakukan kerja-kerja teknikal pendawaian tiga fasa berdasarkan lakaran dan peralatan yang disediakan. Ia juga melibatkan penyelenggaraan pendawaian, pemasangan perkakas dan motor serta pengujian pendawaian tiga fasa.

Kursus ini dijalankan berpandukan NOSS yang telah dikemaskini bagi menyediakan individu kompeten untuk memenuhi keperluan pekerjaan hari ini. Pelatih yang selesai mengikuti kursus ini dijangka kompeten dalam melaksanakan kompetensi teras berikut:
• Pendawaian Dosmetik tiga fasa
• Lukisan pendawaian tiga fasa
• Penyelenggaraan pendawaian tiga fasa
• Pemasangan motor dan motor kawalan tiga fasa
• Mengesan kerosakan dan penyelenggaraan perkakas elektrik tiga fasa
• Pengujian dan pentauliahan pendawaian tiga fasa
• Fungsi penyeliaan

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik/juruelektrik, wireman, pembantu jurutera elektrik, juruteknik kawalan mutu industri pembuatan semikonduktor, perkilangan barangan elektrik, pembuatan komponen voltan tinggi & rendah, usahawan, tenaga pengajar (selepas memiliki VTO)

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
STATUS KEWARGANEGARAAN
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
AKADEMIK
Syarat Wajib

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019]

DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
HAD UMUR
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45

DAN
04
Kriteria Utama
Calon mestilah
Syarat Wajib
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
EHSAN TVET INSTITUTE
Alamat
LOT 1155, GRN 24726, MUKIM SI RUSA,
71009 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
NUR ATIKA BINTI MARZAL
Telefon
0123309016
Emel
nur.atika@rise.edu.my
Laman Web
https://www.apti.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Faedah / Manfaat yang diperolehi:
1. Pinjaman Yuran Pengajian Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) disediakan tanpa interest
2. Elaun Bulanan RM400 sehingga RM800 setiap bulan sepanjang tempoh latihan (atas pemilihan pelatih)
3. Elaun Pengangkutan - one off / RM500
4. Asrama disediakan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;