Kursus TVET

Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri

MC-091-3:2016;-

Pengenalan Kursus

Kursus ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran teknikal dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan penyelesaian masalah sistem automasi yang lebih kompleks. Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini seperti Sistem Kawalan Logik Boleh Atur Cara (PLC), robotik industri, sensor & instrumentasi, serta sistem pneumatik & hidraulik yang digunakan dalam sektor perkilangan moden.

Kursus ini direka untuk mereka yang ingin memperkukuhkan kemahiran mereka dalam bidang automasi industri dan bersedia untuk peranan teknikal yang lebih tinggi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
✔️ Juruteknik Automasi Industri
✔️ Pembantu Jurutera Kawalan & Instrumentasi
✔️ Pembantu Penyelenggaraan Automasi
✔️ Operator Robotik & Automasi

Syarat Kelayakan

1. Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang yang sama
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
Warganegara Malaysia Sahaja

Atau

1.3

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45


Atau

1.4

Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-2:2016] Atau

Perkhidmatan Sokongan Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-2:2013] Atau

Juruteknik Automasi [H-176-2] Atau

Pembantu Industri Pembuatan [H-170-2]

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN INDUSTRI MELAKA
Alamat
NO. 7-1,11,33 JALAN BACHANG JAYA 1
TAMAN BACHANG JAYA
75250 MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
SHALINEE A/P REGHU
Telefon
06-3373435
Emel
breghu@ikim.edu.my
Laman Web
www.ikim.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman untuk program ini disediakan oleh pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, dimana pihak PTPK menyediakan kemudahan pinjaman untuk Yuran Pengajian, Elaun Pembelian Komputer Riba sebanyak RM 2500, Elaun Pengangkutan sebanyak RM 500 untuk Semenanjung Malaysia, RM 1000 untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400/RM 600/RM 800 setiap bulan.

Kenapa pilih kursus ini?
✅ Jaminan Kerja selepas tamat pengajian
✅ Permintaan tinggi dalam industri – Tenaga kerja mahir dalam automasi amat diperlukan dalam sektor perkilangan moden.
✅ Kemahiran berasaskan industri – Menggunakan peralatan dan teknologi sebenar yang digunakan dalam sektor perkilangan.
✅ Peluang kerjaya yang luas – Dapat bekerja dalam pelbagai industri termasuk elektronik, pembuatan, automotif, dan minyak & gas.
✅ Peluang kenaikan pangkat – Dengan pengalaman, graduan boleh meningkat ke jawatan penyelia automasi, pegawai teknikal, atau jurutera automasi.

Kursus ini merupakan langkah terbaik bagi mereka yang ingin membina kerjaya dalam teknologi automasi dan industri 4.0.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;