Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Pemandu Pelancong ini adalah kursus khas untuk individu yang ingin mendapatkan 'lesen' sebagai Pemandu Pelancong Malaysia.

Bagi individu yang ingin bekerja sebagai pemandu pelancong Malaysia, mereka wajib mendapatkan lesen dengan menyertai kursus pemandu pelancong tahap 3, dengan Institute Latihan Pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan, seni & budaya (MOTAC) / Pusat Bertauliah JPK. Peserta wajib mengikuti kursus ini selama 500 jam kredit, kemudian menduduki penilaian PPL dengan JPK dan seterusnya menduduki peperiksaan akhir bersama Kementerian Pelancongan Seni & Budaya (MOTAC).

Sesi pengambilan bagi kursus ini adalah mengikut takwim dari MOTAC, iaitu 3 kali setahun mengikut sesi peperiksaan (April, Ogos dan Disember).

Mod pembelajaran bagi kursus ini adalah teori 30% dan praktical 70%, dan kelas fizikal adalah 80% manakala kelas online adalah 20% sahaja.

Latihan praktikal dan lawatan akan diadakan sepanjang kursus ini dijalankan.

Sesi pembelajaran bagi akan diadakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakkan akademik (Minima) Lulus 6 matapelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat Sijil SPM ATAU mempunyai pengalaman dalam bidang pelancongan lebih dari 5 tahun.
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Warganegara Malaysia
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Umur
3.1

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 100

Tempoh Pengajian
500 Jam
Prospek Kerjaya
- Mendapat lesen pemandu pelancong dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
- Syarikat agensi pelancong sangat memerlukan Pemandu Pelancong berlesen kerana dalam akta MOTAC, bas persiaran wajib ada Pemandu Pelancong berlesen.
- 2026 merupakan tahun melawat Malaysia, jadi ramai pelancong yang akan datang ke Malaysia.
- Kementerian menggalakkan lebih ramai pemandu pelancong berlesen dilatih kerana sejak pandemik covid ramai Pemandu Pelancong yang telah berusia telah pun bersara sebagai Pemandu Pelancong.
- Pemandu pelancong boleh bekerja dibawah syarikat atau boleh bekerja sebagai freelance.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PERFECT TOURISM INSTITUTE
Alamat
NO 5-3, JALAN WANGSA DELIMA 5,
PUSAT BANDAR WANGSA MAJU (KLSC), 53300 KUALA LUMPUR
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NADIA HANUM BINTI JUSOH
Telefon
03-41499088
Emel
nadeaptmc@yahoo.com
Laman Web
https://ptmcsb.blogspot.com/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-Peperikasaan akhir kursus akan diadakan oleh Kementerian Pelancongan, seni dan budaya (MOTAC).
Sijil yang akan diperolehi oleh peserta kursus adalah seperti dibawah :
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3) - JPK
- Sijil Penyertaan Kursus Pemandu Pelancong - MOTAC
- Surat lulus kursus pemandu pelancong - MOTAC
- Lesen Pemandu Pelancong Malaysia - MOTAC
- Badge Pemandu Pelancong Malaysia - MOTAC
;