Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pelajar kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai kenderaan perdagangan berat yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan heavy commercial melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari. Pelajar akan diajar merawat, memasang dan membaiki komponen-komponen kenderaan perdagangan berat seperti bas, lori dan treler. Pembelajaran juga turut meliputi pendedahan kepada sistem brek, sistem gantungan, system stering, system hydraulic dan lain-lain.
Pertumbuhan pesat industry pengangkutan memerlukan ramai juruteknik yang boleh merawat dan membaikpulih kenderaan perdagangan berat.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Pemeriksa Kereta Motor, Pembantu Penguatkuasa, Mekanik, Ketua Mekanik (Kenderaan dan alat ganti), Maintenance Technician dan tenaga pengajar di Institusi kemahiran awam dan swasta.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI JELI
Alamat
Lot 2396 Kg. Chedok, Bukit Bunga
Negeri
-
Penyelaras
-
Telefon
-
Emel
-
Laman Web
https://kkjeli.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

Elaun Sara diri
Semester 1 dan semester 2 = RM100.00
Semester 3 dan semester 4 = RM200.00
Latihan Industri = RM300.00

Asrama disediakan.
Makan dan minum disediakan 3 kali sehari (Sarapan, Makan tengahari dan Makan malam)
;