Kursus TVET

Sijil Landskap

SLP

Pengenalan Kursus

Program Landskap merupakan satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang landskap. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini bertujuan melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar secara menyeluruh termasuk pelaksanaan, pengurusan dan pengukuhan di dalam bidang landskap. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Asas kepada landskap yang merangkumi seperti sejarah industri landskap, komunikasi grafik landskap, tumbuhan dan aplikasi dalam landskap.
2. Mengetahui aspek pengurusan dan operasi nurseri dalam pengeluaran tanaman.
3. Mengenal dan mengecam jenis kumpulan tumbuhan dan kegunaannya.
4. Mengetahui dan menjalankan kerja pengurusan dan penyelenggaran landskap samaada untuk landskap lembut ataupun landskap kejur.
5. Pemahaman dan aplikasi teknologi binaan dan mekanisasi landskap.
6. Mengetahui teknik dan kaedah melukis pelan landskap secara manual dan terbantu komputer.
7. Penghasilan idea dan rekabentuk landskap di dalam bentuk lukisan 2D dan 3D.
8. Mengetahui dan mengaplikasi proses kerja landskap dan kerja-kerja penyediaan di tapak cadangan.
9. Memperoleh asas yang kukuh untuk menceburi bidang landskap serta artikulasi ke peringkat pengajian tinggi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang landskap yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang landskap. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

1. Pelukis CAD
2. Penyelia nurseri
3. Pengusaha nurseri
4. Penyelia tapak bina
5. Perunding landskap
6. Kontraktor landskap
7. Usahawan landskap
8. Pelukis pelan landskap
9. Perekabentuk landskap
10. Pembantu pengajar landskap
11. Pembekal peralatan landskap
12. Pembantu juruteknik / teknikal
13. Supritendan penyelenggaraan
14. Landscape property supervisor
15. Pembantu / penyelia pengurusan taman & ameniti
16. 'Specialist' landskap (dalam bidang terpilih: cth pemasangan sistem pengairan, pengcahayaan landskap dll)

Syarat Kelayakan

1. Warganegara Malaysia
1.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Memiliki SPM atau Setaraf
2.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E
1449 MATEMATIK Pilihan Matematik C

Bil. Subjek Pilihan Kategori Terbuka Diperlukan : 1


Dan

3. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja - kerja amali

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
Alamat
JALAN BATANG MELAKA,77500 SELANDAR,MELAKA, SELANDAR, MALAYSIA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
-
Telefon
06-5253122
Emel
kksl@kkselandar.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;