Kursus TVET

Operasi Pembaikpulih dan Pemeriksaan Struktur Kepingan Logam Aeroangkasa

C331-015-3:2021;Operasi Pembaikpulih dan Pemeriksaan Struktur Kepingan Logam Aeroangkasa

Pengenalan Kursus

Program Operasi Pembaikpulih dan Pemeriksaan Struktur Kepingan Logam Aeroangkasa ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bekerja dengan kepingan dan komponen logam pesawat, memastikan ia selamat, berfungsi dengan baik, dan mematuhi piawaian industri penerbangan.

Juruteknik kepingan logam pesawat akan bertanggungjawab untuk memasang, membaiki, dan menyelenggara struktur logam pesawat. Tugas ini sangat penting untuk keselamatan dan kecekapan operasi penerbangan. Dengan pertumbuhan industri penerbangan dan keperluan penyelenggaraan yang berterusan, permintaan terhadap juruteknik kepingan logam pesawat semakin meningkat, menjadikannya satu kerjaya yang sangat diperlukan dalam industri penerbangan.

Graduan program ini akan memperoleh Sijil SKM Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia dan sijil daripada APR-ATC.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
19 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Struktur Pesawat (Aircraft Sheet Metal) untuk syarikat penerbangan di dalam dan luar negara

Syarat Kelayakan

1. 1) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun; dan 2) Lulus SPM dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1119 BAHASA INGGERIS Wajib E
1449 MATEMATIK Wajib E

Atau

1.2

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
APR-AVIATION TRAINING CENTRE
Alamat
NO 22 JALAN DINAR A U3/A, TAMAN SUBANG PERDANA, SEKSYEN U3, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
AMIRA NORKHALIDAH BINTI AMIRUDIN
Telefon
03-78450133
Emel
TRAINING@AEROPRECISION.COM.MY
Laman Web
https://www.aeroprecision.com.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelajar akan menjalani latihan teori, latihan praktikal di bengkel dan latihan industri di Syarikat penerbangan. Pembiayaan pengajian secara pinjaman pendidikan dari PTPK bagi yuran latihan dan elaun sara hidup bulanan RM600. Program termasuk uniform dan safety shoes. Untuk memasukan, sila hubungi Cik Khalidah (016 362 8908 / 03 7845 0133).

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Tawaran Pekerjaan

Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan

;