
Kursus TVET
Dandanan Rambut
HT-090-2:2012;-
Pengenalan Kursus
Kursus Dandanan Rambut yang ditawarkan di APT Hair & Beauty College direka khas untuk melahirkan tenaga mahir dalam industri dandanan rambut yang semakin berkembang pesat. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan teori yang merangkumi teknik asas hingga lanjutan seperti memotong, mencuci, mewarnakan, mengerinting, meluruskan serta memberi rawatan rambut mengikut keperluan pelanggan.
Pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan tentang penjagaan kulit kepala, penggunaan produk profesional, serta amalan keselamatan dan kebersihan di salon. Program ini selari dengan keperluan industri dan menggunakan silibus yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman serta latihan praktikal di salon profesional APT, pelajar akan bersedia untuk memulakan kerjaya dalam bidang dandanan rambut atau membuka salon sendiri selepas tamat pengajian
Maklumat Latihan TVET
Pendandan Rambut Profesional
Pembantu Stylist di Salon Kecantikan
Usahawan / Pemilik Salon Rambut
Hair Technician untuk produk penjagaan rambut
Pengajar Kecantikan atau Tenaga Pengajar TVET
Hair Consultant atau Perunding Penjagaan Rambut
Stylist untuk acara fesyen, penggambaran, atau produksi media
Dengan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh, graduan juga berpotensi untuk bekerja di spa, pusat kecantikan, hotel bertaraf antarabangsa, atau menjadi freelance hair stylist.
Syarat Kelayakan
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Jenis Sijil: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2 & 3)
Mod Pembelajaran: Teori & Latihan Praktikal
Tempat Latihan: APT Hair & Beauty College & rangkaian salon APT
Syarat Kemasukan: Warganegara Malaysia, berumur 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan, dan berminat dalam bidang kecantikan
Kemudahan: Bilik latihan lengkap, produk profesional, tunjuk ajar oleh stylist berpengalaman
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan