Kursus TVET

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA

F432-005-3:2019,F432-005-2:2019;-

NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS , PERAK

Pengenalan Kursus

Program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa ini bakal memberikan pendedahan
mengenai teori dan amali reka bentuk pemasangan & pengujian elektrik. Silibus yang dimuatkan ialah
mengenai peraturan/ akta-akta elektrik/ penggunaan alat uji, sistem pendawaian, pembumian dan
perlindungan litar, pengujian dan perancangan pendawaian bagi elektrik satu fasa. Selain itu pelatih akan
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pendawaian elektrik tiga fasa domestik dan industri,
pemasangan dan selenggaraan sistem elektrik, pemasangan dan kawalan motor elektrik. Modul latihan
adalah berasaskan kepada Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Suruhanjaya Tenaga dan
Supervisory (Tahap-3) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bersama pihak Industri
Malaysia.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Permintaan industri untuk Juruelektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. keadaan ini disebabkan kekurangan Juruelektrik di industri-industri tempatan. Juruelektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri sebagai kontraktor elektrik. Juruelektrik atau pekerjaan lain yang berkaitan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
16 Tahun - 35 Tahun
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Syarat tambahan
Rabun warna
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Alamat
LOT 10, LEVEL 1
KOMPLEKS NIAGA D'MARA
34000 TAIPING, PERAK

PREMIS TAMBAHAN:
1 - 9 KOMPLEKS TERMINAL BUS TAIPING ,
JALAN MASJID, 34000 TAIPING, PERAK.
Negeri
PERAK
Penyelaras
LATIPAH BINTI OMAR
Telefon
05-8081289
Emel
noblecitycampus@gmail.com
Laman Web

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembiayaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;